Latar belakang Insiden diplomatik Belanda–Turki 2017

Referendum Turki pada 16 April melibatkan pindaan pada perlembagaan, jika diluluskan, akan mengubah negara tersebut dari demokrasi berparlimen menjadi sistem kepresidenan, sehingga Presiden Erdoğan dapat mengikuti pilihan raya umum untuk dua tempoh lagi, secara teori membuat dirinya menjadi ketua negara yang kuat hingga tahun 2029. Pihak yang menolak cadangan ini membimbangkan adanya peningkatan autoritarianisme, sedangkan pihak pendukung perubahan mendakwa bahawa sistem ini akan membuat Turki menjadi negara yang lebih kuat dan aman.

Dalam usaha untuk meyakinkan diaspora Turki di Eropah (banyak yang mempunyai kewarganegaraan lebih dan dapat mengikuti referendum) beberapa pegawai tinggi kerajaan Turki melakukan kempen di bandar-bandar Eropah dengan jumlah penduduk Turki yang tinggi. Rotterdam merupakan salah satunya, yang dihuni sebahagian besar dari 400,000 warga warganegara Turki yang tinggal di Belanda.

Kempen pilihan raya di luar negeri, walaupun dalam misi diplomatik, merupakan hal yang menyalahi undang-undang mengikut undang-undang di Turki; tetapi sebahagian besar parti politik di Turki termasuk parti pemerintah AKP telah melanggar peraturan ini.[2][3]

Rujukan

WikiPedia: Insiden diplomatik Belanda–Turki 2017 http://www.sbs.com.au/news/article/2017/03/13/erdo... http://www.bbc.com/news/world-europe-39264536 http://www.dpa-international.com/topic/turkish-law... http://news.xinhuanet.com/english/2017-03/12/c_136... http://www.bndestem.nl/binnenland/grote-meerderhei... http://nltimes.nl/2017/03/14/erdogan-accuses-nethe... http://nos.nl/artikel/2162795-denemarken-wil-bezoe... http://www.volkskrant.nl/binnenland/erdogan-wil-da... https://www.theguardian.com/world/2017/mar/12/turk...